Sunday, February 22, 2009



Chuby merupakan salah satu haiwan peliharaanku, begitu comel dan 'cute'. Ia merupaka seekor memerang jantan yang jinak dan manja, pandai bergurau dan suka mengganggu ketika waktu rehatku.

Aksi sebenarnya dapat dilhat apabila dibawa ke sungai pada setiap hujung minggu. Ia akan berlari lari, berenang dan menyelam kemudian akan mengikutku untuk pulang.

Musim Buah

Keceriaan unggas dan tiupan angin sepoi bahasa disertai dengan warna warna alam sekeliling menjadikan catan cat air ini begitu indah dan teruja.

Warna hijau dikontrakan dengan warna merah sebagai warna penggenap untuk mengelakkan kebosanan , terdapat berbagai jenis dan sifat jalinan pada ruang hadapan, tengah dan belakang.

Penghayat akan terasa terdengar bunyi kicauan burung-burung yang sedang menikmati buah-buahan serta bunyi geseran daun-daun ditiup angin. Melihat catan 'Musim Buah' ini merasakan seolah-olah kita berada disuatu tempat dan suasana yang damai dan tenang.

Tuesday, December 30, 2008

Pantai 1

Catan cat air, mengaplikasi kepelbagaian warna dapat menimbulkan suasana nyaman dan tenang. Penggunaan warna sejuk yang memenuhi ruang dikontrakan dengan dua warna penggenap iaitu warna merah bagi warna hijau dan warna jingga bagi warna biru.
Olahan jalinan yang berbagai mewujudkan pembahagian kesan ruang. Aplikasi teknik cat air serta teknik sapuan berus yang berbeza menimbulkan berbagai rentak dan irama yang tidak membosankan.


Tajuk : Pantai 1
Media : Cat Air
Ukuran : 28sm x 15m

Saturday, December 27, 2008

Penjual Tembakau

Catan cat air menggambarkan seorang perempuan tua sedang menjual tembakau rokok daun. Peniruan imej secara realistik dengan menitik beratkan kehalusan imej setiap hal benda. Penghasilan catan ini memerlukan pemerhatian dan pengamatan yang tepat dan jelas.
Kesan ruang dibina dengan meringkaskan objek di bahagian belakang dengan mengaplikasi teknik basah atas basah.











Tajuk : Penjual Tembakau
Media : Cat Air
Ukuran : 40 sm x 35 sm

Friday, December 26, 2008

Catan Cat Air

Menggambarkan suasana waktu pagi di sebuah kampung nelayan, menggunakan teknik basah atas basah dan aplikasi warna harmoni. Di sini warna dan jalinan mewujudkan kesan 'mood' dan ruang.
Kepelbagaian teknik sapuan berus secara spontan menghasilkan kesan jalinan dan ruang. Karya ini dihasilkan dipermukaan kertas lukisan katrij.






Tajuk : Kampong Nelayan
Media : Cat Air
Ukuran 30 cm x 20 cm

Thursday, December 25, 2008

kawan peliharaan ku

Selain dari menghasilkan karya dalam bentuk seni visual terutamanya catan, aku juga ada beberapa spesis haiwan yang menjadi teman dan juga sumber idea dalam mengilhamkan hidupku menjadi lebih kreatif.
Spesis burung merupakan salah satu haiwan pemeliharaanku. Dipaparkan di sini ialah dua jenis burung kuang, kuang biru dan kuang kuning.






Tuesday, December 23, 2008

Bermulanya satu odisi.....

Assalamualaikum....

Entah macamana tiba-tiba teringin nak buka satu blog setelah melihat dan membaca blog yang menarik dalam internet seperti blog Beib.Terima kasih!

Peristiwa ini berlaku ketika aku di Langkawi Seaview hotel (20-24.12.2008)

Mungkin juga kerana perasaan teruja melihat blog sahabat aku itu mendorong aku untuk melibatkan diri untuk menjadi seorang blogger.

Aku juga berharap agar blog ini dapat menjadi satu dorongan untuk aku terus menulis dan berkarya berkaitan dengan seni visual.



Slide 7
DENGAN ILMU HIDUP TIDAK JEMU
DENGAN AMAL HIDUP KITA IKHLAS
DENGAN IMAN HIDUP KITA tERARAH
DENGAN SENI HIDUP MENJADI INDAH
KREATIVITI ADA PADA INDIVIDU YANG KREATIF

Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi respons....